Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

14.1.11

BANYAKKAN "ONLINE" : Hidup Pasti Hebat

Wah, sudah agak lama saya tidak meluangkan masa dan tidak menatap skrin maya ini. Segalanya kerana kesibukan menguruskan kerja yang semakin hari semakin banyak dan menimbung. Makin dibuat, kerja tetap ada. Namun, begitulah hidupnya insan, selamanya tetap berjalan, tetap bekerja sehinggalah kita "diambil" oleh Allah Yang Esa yang memiliki diri kita ini. Dalam mengharungi hidup yang serba canggih dan mencabar kini, kekuatan minda, fizikal semakin amat diperlukan. Kalau cepat mengaku kalah, alamatnya kita akan jauh ketinggalan di belakang dan ditinggalkan oleh orang lain. Yah..benarlah kata sesetengah orang, hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Itulah indahnya hidup, kalau tidak ada pengorbanan, tidak ada cabaran, hidup ini akan hambar dan tawar. Berjalan seperti biasa. Hari ini, esok, lusa seperti itu juga. sungguh "memboringkan". Bijaknya Allah menciptakan kita. "Banyakkan Online: Hidup Pasti Hebat" itu yang bermain di minda saya. Berapa lama kita "online" dalam sehari melayani "Facebook", "twitter", "YM", "You Tube" dan sebagainya. Adakalanya berjam-jam. Dalam masa yang berjam-jam itu banyak yang kita prolehi. Menambahkan kenalan, menambahkan koleksi lagu-lagu yang di"download"kan, dan macam-macam lagi. Pendek kata, apa yang kita inginkan, hanya petik di jari..wah segalanya disimpan rapi dalam satu "folder" atau fail. Begitu jualah dengan "ONLINE" yang saya maksudkan ini. Kita harus sentiasa "ONLINE" dengan ALLAH SWT. Ruginya kita tidak "online" internet, rugi lagi kalau kita tidak "ONLINE" dengan Allah SWT. "ONLINE" kita dengannya tidak hanya berada di tikar sejadah, kita berzikir, bersyukur, mengamalkan perbuatan baik itu pun dikira "online" denganNYA. Namun, lagi cantik, lagi bagus dan lagi terbaik, kalau kita "online" dengan Allah di sepertiga malam, iaitu bermunajat kepadaNYA dengan mendirikan solat-solat sunat malam dan juga membaca al-quran. Kesyahduan, kemanisan dan kenikmatan "berkhalwat' denganNYA akan dirasai. Kesan dari amalan ini yang jika kita sentiasa hidupkan, ia akan memberikan kesan kepada pancaran wajah dan hati kita. Hidup akan lebih bahagia, aman, sentiasa ceria, ada masalah, tetapi akan sentiasa dibantu ALLAH. Percayalah!! "ONLINE" dengan ALLAH tidak memerlukan kita membuat bayaran bil di mana-mana kaunter atau memerlukan wang untuk menyambung "online" kita dengan ALLAH. Segalanya percuma, namun tidak kita sedari. Segalanya senang, namun tidak kita lakukan. Betapa ruginya,kan ?? "ONLINE" dengan ALLAH tidak akan mengecewakan kita. Sentiasa ingat padaNYA ("online" sepanjang waktu) pasti membuahkan hasil yang lumayan, cemerlang dan hebat. Betapa hebatnya tawaran yang ALLAH berikan untuk kita. Segalanya percuma, hanya bertelengku di sejadah, hanya membaca al-quran, butang "online' kita akan hijau antara kita dan DIA. Betapa seronoknya ber"online", namun lebih seronok lagi kalau kita "online" denganNYA. Kita mampu lakukan dan kita mampu menjadi yang terhebat, asalkan selalulah "online" denganNYA. Akhirul kalam, jom kita!!! Online denganNYA.."TANPA BAYARAN..SEGALANYA MUDAH, ANDA BUAT..ANDA DAPAT"