Jumlah Paparan Halaman
Catatan Popular
-
Diana Danielle Feat Mawi - Penyembuh Rindu
-
Wah, sudah agak lama saya tidak meluangkan masa dan tidak menatap skrin maya ini. Segalanya kerana kesibukan menguruskan kerja yang semakin ...
-
Detik jam mula dikira..1...2..3...Berdetam-detum mercun dibakar. Bunyinya memeriahkan alam. KLCC bercahaya, sungguh hebat. Tiba-tiba, disusu...
-
Segala apa jua yang kita lakukan haruslaha mengikut landasan yang betul. Jika kalah dalam perjuangan hidup, jangan sesekali mengaku kalah. Y...
1.1.11
Azam Baru : Buat ke Tak ??
Detik jam mula dikira..1...2..3...Berdetam-detum mercun dibakar. Bunyinya memeriahkan alam. KLCC bercahaya, sungguh hebat. Tiba-tiba, disusuli pula dengan laungan "Happy New Year" . Kenapa seronok sangat tu? Bagi saya dulu,kini laungan tu tak pernah berubah. Mercun yang menghambur angkasa tetap dibakar, lepas tu masing-masing bertanyakan "Apa azam baru kau tahun ni?" Ada yang menjawab "Tah lah, sama jer.." atau "Aku nak jadi..." dan macam-macam lagi. Sedar atau tidak, pada hemat saya, bila tahun baru sememangnya dunia makin maju. Ni contohnya, dulu main tulis dalam diari je, sekarang dah ada blogspot, semua orang boleh baca. Kemajuan katakan. Azam baru oh Azam Baru !! Bagi yang kaya nak lagi kaya, bagi yang berkejaya nak lagi berjaya, bagi pelajar nak belajar rajin-rajin, dan macam-macam lagi.Tapi semua nak barukan azam, itu bagus!! Sekurang-kurangnya ada visi dan matlamat nak dijana nak dicapai. Tahun baru bertukar ganti, tapi penyakit dalam masyarakat nertambah parah, yang terbaru paling panas dan sensasi, meningkatnya jumlah pembuangan bayi. Bayi dibuang macam sampah, macam kertas tisu. semuanya bermula pada tahun baru yang disambut dengan "couple". Kawan-kawannya pula akan menggelarkan "couple" ni.."oh..kau dengan dia, aku tengok sweet sangat. Sweet couple..katakan". Masyaallah, budaya hedonisme berleluasa. Zina , arak, judi..semua tetap ada, tahun baru..azam dah baru..maksiat?? Entahlah. Cuba kita renungkan, kan cantik kalau orang-orang Islam dibawah pemimpin yang beragama Islam buat ajakan azam baru sikit. Buat bacaan yassin atau solat hajat di stadium Bukit Jalil. Wah, kan kelas gitu. Baru betul-betul azam baru. Kata azam baru, tapi lepas sambut malam azam baru, letih dan balik lewat, subuh pun terbabas. Jadi, macam mana kita nak ukur azam kita tu baru ke tidak. tahniah kepada yang betul-betul realisasikan azam baru. Apa kata dalam senarai azam baru tu masukkan "tahun ni, azam baru aku nak tambahkan amalan akhirat..nak "online" lebih sikit dengan DIA", kan elok tu. Lebih berkat dan pastinya sukses. Seribu azam baru tidakkan bermakna, kalu tak selitkan "pengembalian" diri kepada Yang Maha Pencipta" Azam baru sama dengan tahun baru..jadi maknanya dunia makin tua..maksudnya hampiri kiamat. Jadi?? Azam Baru haruslah memuhasabahkan diri agar lebih manis hubungan denganNYA..bukan melupakanNYA. Akhirul kalam..Semoga kita semua benar-benar ada "azam baru" untuk tahun ini. Berubah dari yang dulu dan kembali kepada fitrah asal kejadian kita.